Di Nurah, anda mampu mendapat penjelasan berkenaan diri anda.

Kami akan mengiringi anda setiap fasa dengan sokongan, dan anda akan pulang dengan jawapan yang dicari.

0
Pasangan dibantu hamil
5.0★
100+ ulasan Google
3
Cawangan · Puncak Alam, Klang & Cheras
Konsultasi di Nurah Mediclinic
Skrol untuk masuk
Doktor Nurah mendengar dan menerangkan kepada pesakit
Pengalaman di Nurah

Sebuah klinik yang benar-benar mendengar.

Setiap konsultasi dilakukan dengan teliti. Setiap pemeriksaan akan diberikan pencerahan yang jelas berkaitan apa langkah selanjutnya perlu diambil. Di Nurah, beginilah cara kami berkhidmat.

Masa yang cukup

Untuk setiap sesi. Kami tidak mengejar giliran, kami berusaha untuk anda benar-benar faham.

Bahasa yang mudah

Tiada penggunaan terma yang sukar difahami. Semuanya dipermudahkan untuk lebih jelas.

Suasana selesa

Ruang yang tenang, selesa dan selamat untuk anda.

Mengapa Nurah Wujud
Terlalu ramai pasangan pulang dari klinik membawa ubat, tetapi masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di dalam badan mereka sendiri. Nurah wujud untuk bantu selesaikan keadaan itu.
01

Masalah

Ramai pasangan pulang tanpa memahami kitaran haid, hormon atau kesuburan mereka sendiri.

02

Sebab

Ramai pesakit rasa tidak didengari, dan pulang dengan lebih banyak soalan daripada jawapan.

03

Misi

Di Nurah, kami mendengar dan memahami setiap pasangan.

04

Janji

Setiap pasangan pulang dengan pelan perancangan dan jawapan yang sesuai.

Diasaskan oleh Dr Amirah Amil, doktor kesihatan & kesuburan wanita dengan lebih 10 tahun pengalaman.

Imbasan ultrabunyi di Nurah Mediclinic
Perjalanan Anda

Kami temani anda di setiap fasa, bukan hanya sekadar satu lawatan.

Fasa 01

Sebelum Kahwin

Saringan kesuburan pra-perkahwinan. Mula dengan jelas setiap langkah, bukan dengan tanda tanya.

Fasa 02

Cuba Hamil (TTC)

Pelan peribadi dan pantauan bulanan. Inilah cara di Nurah.

Fasa 03

Kehamilan

Pemeriksaan setiap minggu agar semuanya selamat.

Fasa 04

Selepas Bersalin

Sokongan pemulihan dan klinik penyusuan.

Fasa 05

Menopaus

Kita berbual dengan lebih selesa. Tiada topik yang tidak boleh dibincangkan.

Kisah Mereka

Apa pengalaman mereka yang pernah hadir ke Nurah?

Kak Aisyah tunggu 4 tahun. Dua garis bulan lepas.

Antara 420+ pasangan yang akhirnya sampai ke destinasi mereka bersama Nurah.

★★★★★

Semua staf mesra. Suasana selesa, mudah parking, dan pasukan sanggup melayan walau pada waktu malam untuk semua pertanyaan saya.

Nur Farhana Sapie · Pesakit
★★★★★

Datang periksa kesuburan suami isteri. Penerangan terperinci, layanan sangat baik. Memang tak menyesal datang sini, harap ada rezeki zuriat. Terima kasih team Nurah.

Noradila Mohd Sidek · Pesakit
★★★★★

Klinik yang sangat berpengetahuan dan baik hati. Saya dan suami rasa sangat selesa dan didengari. Teruja untuk teruskan perjalanan TTC di sini.

Syafiqa Najib · Pesakit
Harga yang Jelas

Setiap perkhidmatan diterangkan secara jelas segala kos yang terlibat. Tanpa ada yang disembunyikan.

Anda akan ketahui kos yang terlibat sebelum melangkah masuk. Bayaran di Nurah adalah untuk masa dan kepakaran kami. Setiap sesi diberi masa yang cukup, setiap penerangan diberikan penjelasan sepenuhnya.

Imbasan
RM99

Imbasan TVS, lengkap dengan penerangan jelas di skrin, bukan sekadar "semuanya okay".

Harga sebenar mungkin berbeza mengikut keperluan rawatan. Hubungi kami untuk anggaran yang tepat, tanpa sebarang tekanan.

Tempah Temujanji

Pintu kami buka 9 pagi hingga 10 malam, setiap hari.

Puncak Alam

15, Jalan Hillpark 11/10, Pusat Perdagangan Hillpark, 42300 Puncak Alam, Selangor.

Isnin 9:00 pagi – 10:00 malam
Selasa 9:00 pagi – 10:00 malam
Rabu 9:00 pagi – 10:00 malam
Khamis 9:00 pagi – 10:00 malam
Jumaat 9:00 pagi – 10:00 malam
Sabtu 9:00 pagi – 10:00 malam
Ahad 9:00 pagi – 10:00 malam
Buka Peta

Klang

17, Lintang Gelugor, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor.

Isnin 10:30 pagi – 5:00 petang
Selasa 10:30 pagi – 5:00 petang
Rabu Tutup
Khamis 10:30 pagi – 5:00 petang
Jumaat 10:30 pagi – 5:00 petang
Sabtu 9:00 pagi – 9:30 malam
Ahad 9:00 pagi – 9:30 malam
Buka Peta

Cheras

14, Jalan 5/101C, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Isnin Tutup
Selasa 9:30 pagi – 4:00 petang
Rabu 9:30 pagi – 4:00 petang
Khamis 9:30 pagi – 4:00 petang
Jumaat 9:30 pagi – 4:00 petang
Sabtu 9:00 pagi – 9:30 malam
Ahad 9:30 pagi – 4:00 petang
Buka Peta
WhatsApp · 012-787 3445
Telefon & WhatsApp: 012-787 3445
Alamat: 15, Jalan Hillpark 11/10, Pusat Perdagangan Hillpark, 42300 Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad: 9:00 AM – 10:00 PM
Soalan Lazim

Soalan yang ramai tanya, dijawab dengan jujur.

Ketuk mana-mana soalan untuk buka jawapannya.

Antara 45 hingga 80 minit. Kami tidak mengejar masa. Yang penting anda betul-betul faham keadaan badan anda sebelum pulang.

Tidak perlu. Anda boleh terus tempah temujanji. Imbasan TVS RM99, lengkap dengan penerangan penuh di skrin.

Bila-bila masa anda rasa mahu memahami badan anda dengan lebih baik. Lebih awal anda mula, lebih banyak pilihan yang kami ada untuk bantu.

Boleh. Kesuburan adalah perjalanan berdua. Kami sedia menjalankan saringan kesihatan dan kesuburan untuk pasangan lelaki juga.

Sangat boleh. Kebanyakan pesakit mula dengan satu mesej WhatsApp. Tiada paksaan, cuma jawapan kepada soalan anda.

Kami mempunyai tiga cawangan: Puncak Alam (Hillpark), Klang dan Cheras. Waktu operasi berbeza mengikut cawangan — sila lihat bahagian lokasi di laman utama atau WhatsApp kami untuk pengesahan.