Bilik imbasan Nurah Mediclinic
Kisah Kami

Dibina atas empati, kepercayaan dan kecemerlangan perubatan.

Nurah Mediclinic memberi tumpuan kepada rawatan kesuburan, pengurusan PMOS, pemeriksaan kehamilan, sokongan menopaus dan pelbagai lagi. Diasaskan oleh Dr Amirah Amil, doktor kesihatan dan kesuburan dengan lebih 10 tahun pengalaman, dan kini disokong oleh sebuah pasukan doktor wanita yang berkongsi pengalaman dan visi yang sama.

0
Tahun pengalaman
0
Pasangan dibantu
5.0★
100+ ulasan
Dr Amirah Amil, Pengasas Nurah Mediclinic
Pengasas Nurah

Dr Amirah Amil adalah seorang doktor kesihatan dan kesuburan. Beliau mengasaskan Nurah Mediclinic atas satu pendirian yang mudah tetapi jarang ditemui: setiap pasangan berhak dibantu oleh seorang doktor yang berupaya menjelaskan setiap apa yang berlaku dengan penerangan yang jelas dan tepat.

Dr Amirah AmilPengasas & Pengarah Perubatan · Nurah Mediclinic
Cara Nurah

Faham. Rancang. Iring.

Faham

Diagnostik menyeluruh dan sesi yang panjang. Kami dengar dahulu, sebelum mencadang apa-apa rawatan.

Rancang

Satu pelan rawatan yang sesuai untuk anda sendiri, dengan satu hala tuju dan matlamat yang jelas.

Iring

Kami iringi anda sepanjang perjalanan sehingga matlamat yang ingin dicapai.

Pasukan Kami

Setiap doktor di Nurah berkongsi satu pegangan yang sama. Luangkan masa, terangkan dengan jelas, dan layan setiap pasangan seperti seorang insan, bukan sekadar nombor giliran.

Bersedia untuk berjumpa klinik yang benar-benar mendengar?

Sama ada anda sedang cuba untuk hamil, menguruskan hormon, atau mahukan penerangan yang jelas tentang kesihatan anda dan pasangan, ambil langkah pertama hari ini bersama Nurah.

Tetapkan Temujanji